Isnin, 29 Jun 2009

Bila bangun dari tidur

Aku dah biasa hidup gile2.. buat ape sahaja yg akur rsa ssuai ngan kehendak aku..
Adakala,, aku buat bua bernde yg ramai orang tak suke
Adakala, perbuatan aku menampakkan sikap aku yg pentingkan diri, degil dan sombong..

Tapi,, bagaimana pada 1 hari,, apabila aku bangun dari tidur aku perasan bahawa aku terpaksa membuat keputusan yang melibatkan ramai orang..
Mungkin keputusan kali ini akan melukakan hati mak, abah,, angah dan ya..
Mungkin perbuatan ini akan menimbulkan raksi gelak tawa dari mereka2 yg treus manyangkakan aku masihla seorang remaja yg tak tahu apa2..

Tapi,, bagaimana kalau keputusan ini boleh wat keluarga aku bahagia?
Betulkah..

kali terakhir aku memperkenalkan seorang kawan perempuan pada mak aku masa 4 tahun lepas dalam sebuah program motivasi anjuran Dato' Dr Hassan Ali di Terengganu,, pada masa itu,, aku barulah berusia 20 tahun dan aku bekerja sambilan di kompeni Dato' sebagai Ketua Fasilitator, ataupun sekadar fasilitaior biasa..

Pada masa tu,, mmg mak payah nak terima.. tapi aku berjaya yakinkan mak,, mak pun merestui,,adik perempuan aku kata ok,, adik laki aku tak kesah,, abah aku mmg tak eprnah cakap taklehh..

Tapi apakan daya.. selang 1 tahun++ kami berpisah atas ketidaksefahaman.. Puas gak aku nak cover malu pada mak.. yela,, gaya cakap macam takkan putus dan akan bahgia..
Tapi,, itulah jodohkan?
hmm..

Aku jadi agak bengong pada masa tue.. yerla.. takderla gadoh,, takderla benci,, takderla maki2,, malah kami takder ape masalah pun.. cuma masalahnya kami terlalu rapat dan pada usia muda,,
Matlamat tak jelas.. Terlalu kekanak2an

Sehinggalah kini..

Bila bangun dari tidur..

Sebagai lelaki(Yupp.. rasanya aku bukan budak2 lelaki)
yg sudah bekerjaya.. sudah memiliki tempat berteduh sndiri,,
kedudukan kewangan yg agak selesa,, (tapi takder lesen dan kereta)

aku terjaga.. kenapa aku tak kawen...
(teringat aku sorang mmber perempuan ada sound aku.. blog ko ni pasal dara dan kawen je ekk)
hahha.. aku tak tahulah nak jawab ape.. cuma mungkin kerana ini blog aku.. dan aku boleh rsanya nak mnulis aper sahaja..kann???

sambungan..

kenapa aku tak kawen?
aku tanya pada diri aku..

Iskk..

Haha.. tapi masa aku bangun tido tu.. aku masih solo..
kakaka
hahha.. slpas aku clash ngan awek aku dulu.. aku takderla plak mencari penganti,, setakat kawan2 ada kot..

cuma pada masa tu.. adala berkawan2 ngan seseorang dlm internet.. kan tokey cc.. kat mana lagik nak cari pasangan hidup.. mst cari pasangan hidup on9 gakkan?
haha

tapi.. tak pernah jumpa,, jauh,, tak berapa kenal,, jarang berhubung,, tak kenal hati budi,,
so? camnr?

Sumpah,, aku tak mintak perasaan nak nikah ni datang begitu cepat..
memangla kadang2 ada terpikir secara nakal adala..
tapi kali nie,, cam aku perasaan sangat kuat..
macam terngaiang-ngiang di telinga aku
"ko perlu kawen.."
"ko perlu kawen.."
"ko perlu kawen.."

Arghhh..tensennnn..
yerla.. tapi ngan sapee??

Takkan ada orang nak terima aku serta merta...

Takkan perempuan leh jatuh cinta pandang pertama kat aku..cam mustahil jeee

Takkan ada perempuan dalam diam sukakan aku.. kalu ada nak wat camner..die diam.. so mana aku tauu..

Takkan nak mintak mak aku tolong carii?? taknakla.. nanti die tag team ngan bini pilihan die.. mati arr aku 2 lawan 1..

Takkan minta abah aku cari.. die sndiri masih mencari sorang lagikk(kakaka..sori arr abahh..gurau)

Takkan mintak adik pompuan aku carikk.. nanti dapt yg perangai suke marajuk,, perangai budak2.. sekali2 cute la.. hari2 mengadap ke mangada tu ada kena sepakk..

Takkan mintak adik laki aku cari,, nnt die sndiri yg syok.. ada adik beradik berbunuhan berebut calon..

so?

so?

so?

Aku diam jee hari tue..

Aku tunggu hari Jumaat.. sebab hari jumaat aku kena balik rumah..

Hari ditunggu telah tibaaa

Lokasi : Meja Makan
Masa : Selapas Sembahyang Jumaat
Siapa : Aku,, Mak aku,,

'sedapla mak masak' ehemm.. anak mak ni bersuara
'ermm'seorang ibu meng'ermmm'kan sahaja

'mak.. hujung tahun ni kalu along nak masuk minang boleh?' direct o da point.. aku tauu..tak guna berbasa basi.. mst aku nangis gakk
'bende cakap merepek nie?? gatal sangat?? biroh sangat nak berbini.. biar dulu' kan betull.. ini dah bawa kepda titisan air mata aku yg pertama

'Mak! along dah keje,, dah ada kerje,, dah cukup dah syarat.. along mintak izin ngan mak nie.. mak tau tak.. aper lagi along kurang.. cume kawen je.. lengkap dah hidup along,,'
yahhh.. tak tunggu tunggu lagikk.. air mataku mengalir laju.. untuk menambahkan dramatisnya.. aku menyandarkan kepala aku di lengan mak sambil peluk mak perlahan..

'along ingat senang? nak kawen nie.. duit ada? nak bagi dia tinggal kat mana.. rumah nie.. bagila lawa skit.. buat bilik dulu.. ini tak,, ensel pun tak der.. langsir.. dah bertahun tak tukar.. bagila adik abis dulu.. tgu je la,, umur 27, 28 nak kawen2 la'
hmm.. aku dah sedia sebenarnya

'mak.. along ank tunag je.. bukan nak kawen lagik.. kedai skrag dah ok.. dah ada pelanggan tetap,,mak nak tgu,, sedangkan mungkin budak tu semakin tambah usia die.. along ni bukan hensemm.. ada orang nak pun syukurla.. mak nak tgu nnt,, tapi camner kalu takder orang nak?'
hujah aku...

aku,, pegang tangan mak aku,, erat,, aku sandarkan bahu aku pada mak aku.. aku cakap perlahan2..

"mak,, along cakap ni nak mintak restu mak.. along tak datang tibe2 cakap.. 'mak!along nak tunang dah'tak,, along cakap dulu kat mak.. mak fahamla along.. along dah besar..'

'bawak tunjuk ke mak'
perlahan mak aku jawab..

aku peluk mak aku.. dan cakap
'heee.. mana ada lagikk.. kan along mintak restu dulu.. kalu mak kasi along gi la mngorat.. kalu mak tak kasik,, along takderla nak ngorat..'

'dah tu kenapa gatal sangat?'mak aku tya
'kan along cakap,, mintak restu dulu la,, dah skrang mak dah kasik ekk.. jgn tarik balikk.. nnt along gi mngorat,, hehhehe'

kes ni habis di sini sahaja sehinggalah........................

Khamis, 25 Jun 2009

penting Sangat Ke Dara

Bila korang baca tajuk nie,, apa yang korang bayangkan?
Apela mamat nie..asyik cakap pasal nie je..

Hahaha,, sebab takder orang nak cakap..so aku nak cakapla.. so,, ape2 komen aku terima ajer..
tapi,, aku mmg takder cara lain promote blog aku nie.. kecuali ngan orang2 yang aku kenal dalam tagged,,fs,, ataupun chatting room dalam Yahoo Msgr..
Lepas jer aku dapat berbual ngan seorang awek nie.. die tanya aku..

"penting sangat ke dara?"
Huhh.. dalam pikiran aku masa tue..sorang lagik nie..
maapla,, tapi aku nie otak tak berapa centre skit..kukukuu
tapi dalam masa sama,, aku rasa ksian sangat..adakah sorang lagik(lagik mean dah ramai aku jumpa n mengaku atau termengaku pernah terlanjor) akan muncuk di hadapan aku..
hmmm..
pastu aku cakap

'pentingla,, sbb laki kalu hilang teruna takder sbarang tanda yg tinggal,, so,, berbanding perempuan,, itu je tanda die suci,, kalau masa mlm pertama laki die tau takder dara,, so perempuan tu takleh buktikan dirinya suci,ntah berapa kali die dah mainpun ak pasti'

' Mana boleh,, ' nada tak puas hati die..

aku senyap je..tak reti aku nak jelaskan..

tapi dalam satu sessi lain(yup,,keesokannya kami chat lagik)

dia tya lagik pasal dara nie.. hmm.. aku tak tau nak bagitau,, so aku tya die,,
'kenapa awak nak tau sangat?'
'sbb orang jarang bincang pasal nie'

Aku bukan pening ape.. tapi aku mmg membayangkan ini mangsa ketelanjuran,, so aku kena bagi bahasa yang berpada2,,takot nnt die terasa hina plak.

aku cakap..

'llk tak pentingkan sangat dara zaman skrang,, yg penting roh pasangannya.. tapi yg ditakuti kalau tahu dek orang len,,(yup,, mybe bekas boyfriend die dah citer yg die tido ngan awek tue,, n ko kawen plak,, tak ke kene glak dlam diam??)
aku sambung lagik..
'saya tak tau nak jelaskan,,tapi perempuan kalu dia sll mlakukan hub badan,, kemaluan die akan berubah dari segi warna, saiz dan bentok'(tu diaaa,, cam pakar sakit perempuan aku cakap..) sungguh,, pada masa tu aku nak gertak budak perempuan ni je.. agar kalu die masih kapel ngan balak die,, die takot nak wat lagikk..

'ok dahla'

dia jawab.. hmm..
apa pendapat korang?

aku mmg rasa bersalah jer topik nie.. tapi masa cuti sekolah baru2 nie,, adik perempuan aku balik.. yerla cuti asrama..

so,, aku bodek die ajak gi pasaraya ngan kete,, aku cakap nak blanja die sbb nak besdey die..

so,tanpa dirancang,, sepupu perempuan akupun ikut sama.. adik aku blaja ting 5 kat sek agama kat kuantan,, yg sepupu aku plak ting 4 sek agama kat daerah aku..

dalam perjalanan dalam kete tue aku tanya adik aku

'Ya ada pakwe?'
'Hmm?? manede..' malu kot adik aku.. yerla.. bukan senang abang nak cakap ngan adik hal2 camnie..
'Along nak kenal gak kalu ada orang ngorat Ya..' kompom je aku cakap.. walaupun pada masa tu aku malu gak,, yerla,,ada spupu kat blakang kan?

'Ya nak dengar citer tak?' tanpa tunggu adik aku jawab,, aku sambung..

'Ya tahu Along gi K.L kan? Masa Along gi k.l tue along ada berbual ngan sorang kawan perempuan yang Along kenal dalam internet.. tengah borak2 ntah camner die cakap die pernah terlanjor!!'

'Ya tahu? Along tau dia ada agama, dia baik.. tapi sbb kenaifan die pasal kapel2 nie die terlanjor gak,, '
Aku sambung lagik
'Ya hati2 tau,, kalu ada orang kata suke ke,, minat ke,, suruh jumpa Along dulu.. Along tau Ya pandai,, tapi kawan Along nie,, lagi pandai,, blaja tinggi,, speaking pandai.. tapi buat keje bodo,, Along marah die,, n sampai sekarang die die tak leh terima Along marah die.. Ya jaga la diri leklok'

Adik aku masa tue senyap jer.. spupu aku kat blakangpun senyap gakk..

At least aku dah cakap apa yg patot..

So,, korang? penting ke dara? ntah,, semuanya terpulang pada individu..

Aku? aku tak kesah,, sungguh.. tapi kene maki dulu la.. hahaha.. pastu kau kmpom lupakannya,,

so,, thanxx.. c u..

Khamis, 14 Mei 2009

tolong baca!!!








Not Muhammad, but Jesus Name was printed !!!!!! Be careful with this book!!!!!! This thing has been widespread to the whole world. We must fight this massacre which was created by Christian!!! * DO NOT let them to convert many more MUSLIM to CHRISTIAN, Na'udzubillahimindzalik... * DO NOT JUST KEEP this mail in your mailbox. FORWARD TO ALL OUR MUSLIMS.. The things they do to lead muslims astray is unbelievable. May Allah protect us all. Let all your relatives/friends know that this book do exist and a copy of it was already sent to MUIS for action.









ASSALAMUALAIKUM W.B.K.
Dear all muslim, plese forward this message to other muslim.Sekarang nie kristian sedang aktif di Seremban....1900 orang paderi melayu yang baru tiba dari Singapura berada di sini.
Sekarang mereka menggunakan sihir. Berhati-hati apabila menerima (AIR MINERAL).
Sama ada diperoleh secara percuma @dibeli@mencuri... Ditakuti air-air ini telah dicampur dengan 'HOLY WATER'
P/S : TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM /SAHABAT/SAHABIAH &DLL.
SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM)
SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.. AMIN--






Mohd Fadhli bin Awang @ Baharun



AdministratorSerdang Raya & IPIS Bangi Learning Centre,



OPEN UNIVERSITY MALAYSIA



Tel:- 03-89422525 Fax:- 03-89481144

Tepat 5 pagii

Aaminn.. Alhamdulillah
Siap sudah semua kmputer di cc aku..
korang bayangkan lah.. sebelum smua komputer ini dibaiki.. kelajuan download semua komputer ini hanyalah 19kb..
tapi kini... hahaha... sudah mencecah ke 1.3mb-1.5mb..
kirenye dulu kalau tengok youtube macam jalan 2 saat,, pastu loading 2 minit,, baru jalan,, n skrang punya mcam klik je cerita kuch2 hota hei kat youtube,, cerita baru 1/3 loading dah siap..
huuu bessstt
tadi aku testing download House epi 22.. huiii.. 3 jam jeee.. mmg mantoppp!!!
So,, mari beramai2 ke cc akuu..

n aku nak tya korang..
apakah makna salah faham tue?
bagaimana kalau orang selalu berkata 'buku jgn dinilai dari kulitnya'
(hhehehe.. kompom korang automatik terjemahkan sendiri dalam bi kan?)
takderla.. mmg btl... ada yg free hair lagik baik n sopan dari si bertudung..
tapi persepsi mngatakan yg bertudung kompom baik pada yg free hair.. kan?
yg kurus lebih mudah depercayai dari segemuk...
yg putih lebih bijak dari si hitam,,
itu persepsi..
kita ada harga diri masing2

malam nie aku nak kongsi pengalaman sebenar yg menyedarkan aku supaya menjadi
Demi Allah.. sampai sekarang aku bersyukur kerana aku pernah buat silap..
dan kerana slap ini aku tahu siapa aku,, siapa sahabat aku..

sepatutnya babak ini aku masukkan dalam tulisan episod masa sekolah aku
'tak nah setenang ini' tapi aku cepatkan ek??

semua pelajar Tg Gemok akan ingat kesalahan yg di buat oleh aku..
Yup.. bekas pelajar sekolah agama rompin...
buat jenayah yg cukuuuppp hebat...
'MENCEROBOH ASPURI!!!!'

IYEE.. AKU DITANGKAP KERANA MEMASUKI ASRAMA PEREMPUAN!!!

n pada masa tue
ianya berlaku pada malam hari lahir aku..
29/03/2002...
tarikh keramat...

jahat tak?
tahun aku menghadapi SPM,, sebagai seorang pengawas,,
antara imam kat sekolah,, pemberi ta'ruf masa maghrib,, pengajar Iqra' untuk budak2 tak lancar mengaji ditangkap memasuki asrama perempuan secara haramm..

kenapa aku jadi camtu?/
apa berlaku pada aku setelah ditangkap?
apa reaksi kawan2 aku..
cikgu2 aku?

mak...
abah,,ya,, angah??
along diorang kena tangkap,,

naluri seorang ibu...
tanpa diberitahu oleh sesiapapun,,
mak aku datang asrama kerana membawa kek harijadi aku..
tapi menerima berita dari warden yg aku ditangapp..

camner perasaan seorang ibu masa tu,,,
yg datang ingin memeluk dan memberi restu pada anaknya ini..
yg datang bersama adik2 aku nak ucapkan
mungkin..

'along.. hepi besdeyy'

tapi berita lain yg diterima..
aku sebak sangat teringatkan masa tue..
tapi aku rasa bersyukur kerana peristiwa tue banyak membantu aku menjadi matang dan berani..

ishh.. takleh nak tulis skrang.. ada costumer..
nnt ternangis lakk..

aku bangun tido nnt aku sambung tulis.. k..

doakan aku..
selamat dari fitnah dunia dan akhirat..

'aku tak baik.. tapi aku nak jadi baikk.."

takl bermakna kita pernah jahat sehingga kita tak layak untuk berada di duniakan?
semua orang ada peluang ke dua.. tol tak?

Selasa, 12 Mei 2009

kerana banyak cerita

Esok aku kemungkinan tutup cc sebab aku nak format semua komputer
aku dah nak botak memikirkan apa yg berlaku pada komputer2 akuu
cam hantu jee.. virus dah tahap maharaja..

tapi aku dalam kebengongan yg melampau beberapa hari lepas 
aku dapat satu ketenangan yg susah sangat nak dapat
aku tak tau ini kebetulan atau sebenar2nya
tapi cam ada petunjuk jee

ingat tak dalam citer sblm nie pasal mak aku cadangkan kawin tue
n aku diam ajee?
ada tak.. anggukla kalau ada.. jangan la diam ajee

ok... malam tadi.. dalam ketensenan.. aku makan 2 bungkus nasik
aku mmg kalu tensen mesti makan.. bila perut kenyang otak aku blank.. so mmg hepila skit.
kire makn ni cam merokokla buat aku.. tapi aku kenyang.. orng merokok dapat pe kan?

so.. tengah makan ni
bunyi teng!!! kat com aku
ada msg ym???

aku berdebar2
aku mana ada ym nie..
kecuali ngan ida.. ehhh.. dia
selalu sasul la sekarang nie
sori2....

so.. terus aku berlari dalam kelajuan paling tinggi ke sink(pada aku laju tapi pada orang lain slow agaknya) hehe
aku bukakla msg..
yuupppppp
dia......dia datang......
zengggg.. piunggg... sgala tensen aku.. panas hati aku.. dengung kat pala otak aku hilang
rasa cam ringan je kepala aku.. macam baru lepas hisap shisha...
huiii.. terus senyummm.. tak taip lagik tue..dah sengehhh..
mujur orang tak berapa nak ada...
so.. aku slow talk kat pelanggan len cakap ari nie aku nak ttp kedai awal..
pukul 1pg.. awl la tuh.. kan?

so... aku cam berdebar2 je
kontrol macho depan skrin bodoh depan aku nie..

salam alaik...
dia msg..
aku tak perasan
n aku tak jawab
aku cakap dia aku tak perasan..

dia cakap..
ke rmai sgt org kat ym sampai tak perasan?
huiiii... korang ada bau tak apa aku bau???
bau jelesss..
kekekek
bahagia dalam hati

so.. dalam masa sama takderla sangat ape pun 
]kecuali dia tujukan lagu bila izrail datang memanggil
jasad terkubur di pembaringan...
huuuuhhhh
apa punya lagu daaa

tapi... pastu dia suruh aku dengar 1 lagu
katanya lagu fevetet die
tajuknya 
Permata Yang Di cari nyanyian DeHearty
korang dengarla lagu nie

ini liriknya..

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

dan paling penting dia cakap rangkap yg paling dia minat
ialah

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


haaa
terkesima aku
rasanya macam semua persoalan yg mak aku tyakan telah terjawab
kenapa malam nie dia bagi lagu camni?
kenapa??
aku mmg kelu
rasa blurr sangat...

arghhhhhh
tolooooonngggg

aku tanya dia
adakah ada laik orang yg cam lagu ni
yg ikhlas dalam bercinta sehingga mletakan pada suratanNya?

dia cakap ada??
ada??
awak???aku tya...

 senyapp jee

n.. aku bagi dia sebuah lagu...

Kutunggu jandamu

kui kui kui

best kan?

sambung nnt.. aku tiba2 rasa lapar
hee

banyak cerita

Alhamdulillah..
hampir separuh dari ke'bz'an aku dah selesai..
maknanya mmg dalam beberapa hari nie mmg aku bz gileee
gile gile gile...
tapi aku ada beberapa penglaman nak kongsi..
pertama masa aku pergi kuantan untuk shoping barang2 kedai aku
bukan nak beli apapun,, ink,, cd dvd, gitar(untuk guitar hero), printer.. pendrive.. external hdisk..mouse.. keyboard alaa,, barang2 komputerla
nak dijadikan cerita sebab aku nie takder lesen,, so aku gi naik basla(jangan tya kenapa aku takder lesen!!!)

balik dr kuantan.. aku terus cuba install barang tue
tup tup komputer2 aku hang!!!
arghhhhh.. tensennn...

tue yg wat kau penat giler..
dahla purata masa tutup kedai aku ni pkl 7pg skrang.. gile kan>
pkl 10 aku dah bukak.. berdenyut jee kepala..

no hal lah tue..
tapi kelmarin.. aku mintak pekerja aku jaga kedai..
aku nak balik rumah,, nak borak ngan mak aku..
banyak benda nak kongsi.. lagi2 bab politik perak.. uihhh.. mst bincang ngan mak nie..
sampai kat rumah..
abah takder.. pergi main golf mak cakap..
uiikkk??? mak kasik ke? sebab abah aku dah lama tak main golf nie..
mak kata biarla.. hmm aku senyap je..
mak tanya aku kedai camner? sembahyang tak? makan ape? pelanggan?
biasala.. perkara2 biasa seorng ibu bertanya..
pastu mak aku tya.. 
'along.. kalau ada duit lebih bayarla duit loan mak tue..mak nak gak simpan2 pergi umrah'
aku kelu.. bukan sebab aku taknak.. tapi aku terlupa yg nak anta mak umrah antara cita2 aku masa bukak kedai nie.. 
'boleh je mak.. along bukan nak guna apapun.. nnt along byarkan skit2'
mak aku mengangguk je
' mak bukan ape..along bukan ada gaji tetap.. bank payah nak bagi pinjaman.. kalu cepat habiskan bayar yg mak.. nanti kalau nak wat pinjaman senang.. yerla.. nak kawin pun senang'
haaa.. aku cube  ingat semula apa mak aku cakap.. kawin?? mak aku sebut kawin??
sebelum nie kalau aku sebut kawin je mst mak aku cakap gatal,, birah,, hehe
'ishh.. along ada simpanla mak.. along suma bank in terus...so.. wat masa skrang akaun along stabilla.. alaa, macam orang cina.. masuk duit hari2..'
aku balas cakap mak aku dengan tak menyebut perkataan kawin dan berharap mak aku akan sebut lagikk..
'bagusla camtu.. along tue berniaga.. pandai2 berjimat.. jgn joli.. duit tue leh la kumpul2.. mana tau setahun due ni kawin senang.. takder loan ada simpan'
hahahhaha.. aku kontrol macho... syum dlam tak senyumm.. aperla mak aku nie.. tiba2 je sebut kawinn.. takkan nak cucu kot.. malu I...
'ntahla mak.. along dah takder bende nak pikir sangt.. Ya(adik bongsu aku) ngan abangah( adik tengah aku) blaja lagik.. kawin nie ishh... takder masa la..'
cheewaahh.. macam seorang anak yg baru balik belajar pondok aku menuturkan kata2
lembut,, bermakna.. n dari posisi baring aku duduk.. semangat nihh.. kawennnn katakan
'senang along cari orang kemboja jek, along berniaga,, diorang niepun niaga suka berniaga jugak.. lagipun mmg diorag suka bla bla bla bla...'
aku blurrr... mak aku cakap nie cam dah ada orang jee.. mmg kawasan rompin nie ramai orang kemboja.. terutama yg belajar di sekolah agama tempat mak aku ngajar.. n fyi... mmg mereka2 nie putih,, comel,, (kebanyakannya lah)
'iskk.. tak taula mak'
'mak ada kenal...'
kenal????
'mak,, abah biasa balik pkl berapa petang2 nie?'
aku tak sanggup nak teruskan perbualan nie... rsa cam berdosa plak
yg mula2 tadi nak gurau2 je..
'mak.. along nak mkan dulu.. mak masak tak? boring arr makan kat kedai je'
'mak buat sup je.. pergilah,, tinggal skit untuk abah'

aku berjalan ke dapur,, dalam masa sama aku rasa susah hati

ishh.. umur 24.. keje ada.. lengkap dah syarat nikah nie..
tapi boleh ke aku kawin skrang? aku nak tgu ape lagikk.. rasanya hdp aku setakat nie bahagia..
nak makan ape,,nak beli ape.. skit2 boleh..(jangan tya pasal lesen!!!!!)
kalu ada suri dalam hidup lengkap la rasanya.. tempat tinggal kalau kawin?
setakat ddk berdua bukan nak ddk bunglow kan?

sambil menghiruup sup aku berfikir..
camner nie...
mak senyap je.. kebetulan live kat rtm piala sudirman,, malaysia lawan korea selatan..
aku rasa menghirup sup nie same cam meditasi..
satu hirup sati fikiran

buntu aku..
camner ngan calon?
pada pikiran aku ada sorang je..
tapi kawan2 je skrang nie.. n biasalah... mengadap tenet nie mana lagik nak cari..
n aku pernah menulis pada dia dan aku tujukan khas buat dia sebuah nukilan..
kalu korang perasan yg kat sebelah kanan bloh tajuknya Buat Ida.. Eh Buat Dia.. salah plak.. 

setakat nie,, aku tak rasa dia menjarakkan dirinya dengan aku..
tapi orang semanis dia mst ramai kenen kan?
aku nie? kalau ada rezeki dia muncul di alam maya nie dapat la berbual2..
n.. yg pasti aku tak pernah rasa jemu dan bosan..

'mak... along balik dulu..nnt2 along datangla'

aku balik ke kedai.. n rasa sepi giler.. sepi sepi sangat..
nak aku bercerita sepi nie tapi tidak ada siapa yg boleh mndengar..


Ahad, 10 Mei 2009

Lama sungguh

Aku blurrrr
laamaa sangat blurr niee
nnt aku cerita
tapi 4 hari nie aku bz sesangat...
rasa penat.. sedih.. sayu.. tapi aku takder siapa nak luah..huuu

k.. kuatkan semangat!!!

snyum yang paaaaaaaaaaalllllllliiiinnnnggggggggggg maaaaaaanniiiiiiisssssssssssss

Rabu, 6 Mei 2009

mak awak dan mak kite

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)      
 
Bila dahaga, yang susukan aku....mak                              
Bila lapar, yang suapkan aku....mak                                
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku... ..mak                      
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak                        
Bila bangun tidur, aku cari....mak                                
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                          
Bila nak bermanja, aku dekati....mak                              
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                            
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                          
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                              
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak                            
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                    
Bila takut, yang tenangkan aku....mak                              
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.....mak                            
Aku selalu teringatkan ....mak                                  
Bila sedih, aku mesti talipon....mak                              
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak                        
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak                              
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "                          
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                          
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                          
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak                            
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak                            
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak                        
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak                         
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak              
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak                    
Yang selalu berleter kat aku...mak                                
Yang selalu puji aku....mak                                    
Yang selalu nasihat aku....mak                                  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak    
                
Aku ada pasangan hidup sendiri....      
                          
Bila seronok, aku cari....pasanganku                              
Bila sedih, aku cari....mak
                                    
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                          
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak    
                          
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku                            
Bila berduka, aku peluk erat....emakku   
                           
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                            
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak   
                         
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku                    
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
               
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku 
                                   
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku   
Entah bila... aku nak talipon mak  
                               
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                          
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak        
                   
Renungkan:    
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?        
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".                
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......   
                    
Tapi kalau mak sudah tiada....... ... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....     
      
  
  
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... . 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....   
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 
dan akhir sekali  berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. 
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Selasa, 5 Mei 2009

cerita lucah(sori arr kene tarukk)

Cerita 1

Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2

Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3

Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4

Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5

Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Kesimpulan Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal ..

MACAM MANA ANDA? HEHEHEHEHE…….

Man U malam ini

Hahahhahaha
malam ni man u akan trun ke gelanggang champion league lagikkk
menentang pasukan budak2.. Arsenal

mmg dengan berbekalkan keputusan 1-0 bukan lah bekalan terbaik untuk bertandang ke tempat lawan... tapi sekurang2nya ada..

aku jangkakan perlawanan sengit... 2-2

tapi dah cukupkan
kalau man u kalah?

aku redha ajerr..

apa yang man u nak lagikk??
takkan ke final 2 tahun berturut2

but of coz... kalau boleh aku nak chlsea menang lawan ngan barcalona
sebab arca skrang nie terlalu laju dan kuat laa
takut gakk aku..

kenapa la aku tk minta barca.. kekekekekee

pepephal...takder siapa boleh nafikan man u ada segalanya
tiada pemain daam man u yg boleh diragui kemampuan..
superstar dalam man u?
semuanya lahir dalam man u sendiri..

tak percaya?

tengok jerla malm nie,,

Ahad, 3 Mei 2009

uiii.. kenangan lama saper lahir zaman 80-an

"budak2 yg lahir pd thn 8/90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita.
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.

salesman susu pon camtu gak.


- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.


- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.


- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.


- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.


- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.


- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.


- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.

Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jangan lupa jugak
kalau dapat memiliki sebuah game tape dah memang havoc dah
kalau yang main komputer pulak mesti sempat ngan disket besar 5 inci
sebelum tukar ke 3 inci


jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~

ni la baru zaman kita kawan2

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehee.."
Sealed

Ngantok betul

Uiiii.. ngntok betul rasanya
rasa cam nak cabut mata nie letak dalam peti ais
semalam lepas aku balik dari reunion ingatkan takder orang dah nak datang kedai
so berbual jap ngan usop n ana...
lepas diorang balik aku mulalah mengupload gambar2
mmg tak dapat nak wat per laa
aku pun dah ngantok sangat
lepas wat ape yg ptt akupun landingla
sambil tue berpikir2 gak
biler la nak ada reunion lagik skali
mungkin tujuh tahun dari sekarang?
maknanya 1/mei/2016? kebetulan jatuh hari ahad.. dapat plak cuti umum.. memang sesuai kot..

tengah aku landing tue
ada orang bawah kedai beri salam(aku mmg tido sesorang kat kedai)
mula2 tue aku wattak dengar jee
dah ngantok giler nie
suara semakin mendayu jee

'ape?'
'bang... bukak kedai tak?'
'tak la dik.. abg dah nak tido sangat nie.. lagipun dah pukul 3 setengah nie'
'alaaa bang,, kitorang baru dapat gaji nie.. ingat nak release tensen'
'berapa orang?'
'lebih 10 arr.. kitorang memang nak main sampai puas'

aku kire2 dapat gak rm30 ok gak.. lagikpun leh diorang suruh bayar dulu
aku leh layan tido
mak aiii.. ramai giler budak2 naik
main wii ada,, gitar ada,, komputer ada,, xbox ada....
dalam mamai2 aku takleh gak nak tido.. sbb kene ajar diorang cara main

last budak main pukul 7.30 takdi
uiiii
ngantokknyerrr
tapi alhamdulillah,, dapat gak dalam rm70++
saper nak kasik kan?

akupun bile diorang blah..
mandi balik smula.. nak kasi segar badan
wat ape2 dulu yg patut.. n krohhhhhh
kroohhh
sampai la nie.. baru dalam 15 minit lepas aku baru bangun sbb ada budak kejutkan nak main komputer

aku suruh diorang tunggu sbb aku nak segarkan badan jap
perghh
kali pertama dalam hidup rasanya aku mandi sampai 4 kali dalam masa kurang 12 jam
kalu pengantin baru tue lain arr ceritanya kan?

so.. inilah luahan perasaan aku yanmg sedang mengantok
n.. adik aku yang bongsu akan balik ke asrama hari nie..
tak dapat jumpa dia sbb aku kat kedai.. takder orang nak tolong jaga kedai sbb aku sorang2 jer hujung minggu kali nie

n.. dalam post sebelum nie aku ada letakkan gambar kenangan masa malam tadi
baru aku teringat.. cepatnya 7 tahun berlalu kan?
rasa masih terbayang rasanya masa aku berdiri kat papan hitam 

hahaaa
nanti akucerita dalam bab lain.. k?

Jumaat, 1 Mei 2009

Tak nah setenang nie(episod 2)

Alhamdulillah..
masih diberi peluang olehNya untuk terus menulis dan menghirup udara...

so,, camner??
ada gelak skit2 tak ttg kes aku sblm nie??..
tak habis lagie tue..
bila habis perhimpunan, aku blur..
aku nak gi mana?
tup tup
aku dengar sorang budak laki kena tengking dek sorang guru
memang kau2 kena,,
muka cikgu ni leh tahan gak,, 
cam muka pengetua,, tapi versi muda.. misaii.. hmm tebal skit
aku tak sempat lama ngan cikgu nie..
lepas aku masuk dia dapat naik pangkat ke PPD..

aku lagik kecut...
budak tu kena marah kalau tak silap pasal kaki seluar cerut,,
alaa,, jenis besar atas kecik kat kasut.. haa
lorr.. tambah gelabah aku.. cehhh.. hari pertama takkan kene marah dah kot?

aku pun betulkan sluar skit2 n aku jalan kat cikgu tue
dah die je ada.. orang lain dah hilang 
aku senyum,, bagi salam
tanya dia kat mana pejabat
dia punya pandang aku atas bawah mmg bikin perut kecut jee
mujur tak kecut betul2.. kalu tak kompom seluar aku ni aku terlorot samalahh
haa,,,sape nak jawab!!!

dia tanya aku 
sapa?..
aku cakap budak baru nak daftar..
dari mana?
aku cakap dari SMAR
kenapa tukar?
aku cakap mak suruh
awak tak nak?
saya ikut je


dia bagi tunjukkan kat mana pejabat
aku pun secara lahiriah lembut memberi slam dengan cara yang paliiiinnngggg manja
'assalamualaikum...'
seorang perempuan keluar
aku kompom dia kerani
dia tya
siapa?
dari mana?
kenapa tukar?
awak taknak?
 same jer soalan
huh
mmg skrip telah disediakan agaknya...

dia hantar aku kat bilik penolong kanan 1
'assalamualaikum'
yahhhhh
malas aku nak taip
tapi soalan yang sama jer muncul
aku ngan jawapan yang sama
siap aku tersenyum lagik mengenangkan kebetulan yg sangat menakjubkan ini...
dia cakap aku kena masuk kelas 4B.. sebab kelas A untuk budak sains..
aku cakap takper..
dia suruh aku pergi bilik guru perempuan.. cari seorang guru namanya cikgu Rubiah

akupun pergilah
hahahahhahaha
kali ni dia tak sempat tya aku dah cerita..
lancar aje ceritaa aku.. dan akurasa dia berpuas hati

Stop!!
apa korang bayangkan bila nak masuk ke kelas baru?
mesti nak pengenalan yang mesra dari guru kepada budak2 sekelas kan?
aku??
cikgu rubiah tersayang aku dia bukak tingkap dan dia berkata
'awak nampak kelas tu? tu kelas awak,,, pergi masuk dulu.. kalau tiada meja
kerusi awak mintak tolong ketua kelas.. saya ada kelas tak lama lagi..'
ohh.. mudahnya...maknanya aku kena main hentam ajer..
masuk kelas camtu ajer.. tiada siapa akan memperkenalkan aku?

Sudahhhh
camner nak buat
aku puas berpikir
apakah lakonan yang paling sesuai untuk menonjolkan imej suci aku..
sedar tak sedar aku dah berada di hadapan kelas..

assalamualaikum..


sunyi..ada memandang...ada wat muka biasa..
aku?biasa.. kontrol.. aku blurrrr
pastu datang seorang budak laki.. pengawas.. Rahman namanya
memang peramah..
dia offerkan aku tolong carikan kerusi meja
aku ikut ajer dia
sambil berjalan dia bagitau aku
'kat sekolah ni ada sorang budak,, ko jangan nak ngorat dia..
muka dia.. cam siti nurhaliza.. memang cantik..bla bla bla..'
malas aku nak cerita camner dia promot
tapi mmg die wat aku tertanya2 gak.. siapakah budak tue

sampai kelas.. rahman letakkan kerusi meja aku di belakang sekali
sorang2..jer
aku ddk diam2
pada aku ada sebuah buku ajer
buku simpulan bahasa.. sumpahh
aku baca dan zzzzzzzzz... krohhh...zzzzz..krohhh
yaaaa

aku tidur di hari pertama aku dalam kelas
aku tak berbual ngan sesiapapun
aku ngantok sangat baca buku tue
kelas takder cikgu
maklumlah... awal tahun

pastu aku terdengar

'BODOH,, KAU TU JANTAN LEMBUTT!!!'
'TERGELENG2 TERLENGGANG LENGGANG'

Haaa!!! aku blurr
depan aku aku tengok ada seorang budak perempuan berpakain perngawas sekolah sedang menengking ke arah seorang budak lelaki berpakaian pengawas pustakaan.. warna biru muda..

'KO LAH,, DADA CAM BESI.. TING TING' sambil dia menggayakan menjentik dadanya sendiri..

udahhh
pergaduhan antara nyah ngan tomboi kee?
wahhh
pengalaman hari pertama aku,, menarikk
sebab sekolah aku mana ada camni.. budak laki biasanya mesyuarat depan kelas
budak perempuan mesyarat belakang kelas.. mmg tak bercampur
dalam kekecohan itu,,, aku terpandang seorang awek sebaris dengan aku yang asyik dengan adegan pergaduhan dengan muka senyumm
wahhhh... cantiknyer diaaa
aku kelu
rasa suasana senyap sahaja
damai sekali aku tengok rupanya

keningnya tebal, kulitnya putih,
bibirnya halus aja, mukanya agak berisi,,tapi sesuai dangan wajahnya

aku keluarkan pen dan mula menulis....

bersambung....

pss-tak masuk lagi kecerita sebenar.. tapi ada kaitan nanti.. k?
siapakah rahman sebenarnya?
siapakah siti nurhaliza jr itu?
siapakah budak tomboi ?
siapakah si auu?
dan paling penting siapakah si dia yang manis itu???