masih diberi peluang olehNya untuk terus menulis dan menghirup udara...
so,, camner??
ada gelak skit2 tak ttg kes aku sblm nie??..
tak habis lagie tue..
bila habis perhimpunan, aku blur..
aku nak gi mana?
tup tup
aku dengar sorang budak laki kena tengking dek sorang guru
memang kau2 kena,,
muka cikgu ni leh tahan gak,,
cam muka pengetua,, tapi versi muda.. misaii.. hmm tebal skit
aku tak sempat lama ngan cikgu nie..
lepas aku masuk dia dapat naik pangkat ke PPD..
aku lagik kecut...
budak tu kena marah kalau tak silap pasal kaki seluar cerut,,
alaa,, jenis besar atas kecik kat kasut.. haa
lorr.. tambah gelabah aku.. cehhh.. hari pertama takkan kene marah dah kot?
aku pun betulkan sluar skit2 n aku jalan kat cikgu tue
dah die je ada.. orang lain dah hilang
aku senyum,, bagi salam
tanya dia kat mana pejabat
dia punya pandang aku atas bawah mmg bikin perut kecut jee
mujur tak kecut betul2.. kalu tak kompom seluar aku ni aku terlorot samalahh
haa,,,sape nak jawab!!!
dia tanya aku
sapa?..
aku cakap budak baru nak daftar..
dari mana?
aku cakap dari SMAR
kenapa tukar?
aku cakap mak suruh
awak tak nak?
saya ikut je
dia bagi tunjukkan kat mana pejabat
aku pun secara lahiriah lembut memberi slam dengan cara yang paliiiinnngggg manja
'assalamualaikum...'
seorang perempuan keluar
aku kompom dia kerani
dia tya
siapa?
dari mana?
kenapa tukar?
awak taknak?
same jer soalan
huh
mmg skrip telah disediakan agaknya...
dia hantar aku kat bilik penolong kanan 1
'assalamualaikum'
yahhhhh
malas aku nak taip
tapi soalan yang sama jer muncul
aku ngan jawapan yang sama
siap aku tersenyum lagik mengenangkan kebetulan yg sangat menakjubkan ini...
dia cakap aku kena masuk kelas 4B.. sebab kelas A untuk budak sains..
aku cakap takper..
dia suruh aku pergi bilik guru perempuan.. cari seorang guru namanya cikgu Rubiah
akupun pergilah
hahahahhahaha
kali ni dia tak sempat tya aku dah cerita..
lancar aje ceritaa aku.. dan akurasa dia berpuas hati
Stop!!
apa korang bayangkan bila nak masuk ke kelas baru?
mesti nak pengenalan yang mesra dari guru kepada budak2 sekelas kan?
aku??
cikgu rubiah tersayang aku dia bukak tingkap dan dia berkata
'awak nampak kelas tu? tu kelas awak,,, pergi masuk dulu.. kalau tiada meja
kerusi awak mintak tolong ketua kelas.. saya ada kelas tak lama lagi..'
ohh.. mudahnya...maknanya aku kena main hentam ajer..
masuk kelas camtu ajer.. tiada siapa akan memperkenalkan aku?
Sudahhhh
camner nak buat
aku puas berpikir
apakah lakonan yang paling sesuai untuk menonjolkan imej suci aku..
sedar tak sedar aku dah berada di hadapan kelas..
assalamualaikum..
sunyi..ada memandang...ada wat muka biasa..
aku?biasa.. kontrol.. aku blurrrr
pastu datang seorang budak laki.. pengawas.. Rahman namanya
memang peramah..
dia offerkan aku tolong carikan kerusi meja
aku ikut ajer dia
sambil berjalan dia bagitau aku
'kat sekolah ni ada sorang budak,, ko jangan nak ngorat dia..
muka dia.. cam siti nurhaliza.. memang cantik..bla bla bla..'
malas aku nak cerita camner dia promot
tapi mmg die wat aku tertanya2 gak.. siapakah budak tue
sampai kelas.. rahman letakkan kerusi meja aku di belakang sekali
sorang2..jer
aku ddk diam2
pada aku ada sebuah buku ajer
buku simpulan bahasa.. sumpahh
aku baca dan zzzzzzzzz... krohhh...zzzzz..krohhh
yaaaa
aku tidur di hari pertama aku dalam kelas
aku tak berbual ngan sesiapapun
aku ngantok sangat baca buku tue
kelas takder cikgu
maklumlah... awal tahun
pastu aku terdengar
'BODOH,, KAU TU JANTAN LEMBUTT!!!'
'TERGELENG2 TERLENGGANG LENGGANG'
Haaa!!! aku blurr
depan aku aku tengok ada seorang budak perempuan berpakain perngawas sekolah sedang menengking ke arah seorang budak lelaki berpakaian pengawas pustakaan.. warna biru muda..
'KO LAH,, DADA CAM BESI.. TING TING' sambil dia menggayakan menjentik dadanya sendiri..
udahhh
pergaduhan antara nyah ngan tomboi kee?
wahhh
pengalaman hari pertama aku,, menarikk
sebab sekolah aku mana ada camni.. budak laki biasanya mesyuarat depan kelas
budak perempuan mesyarat belakang kelas.. mmg tak bercampur
dalam kekecohan itu,,, aku terpandang seorang awek sebaris dengan aku yang asyik dengan adegan pergaduhan dengan muka senyumm
wahhhh... cantiknyer diaaa
aku kelu
rasa suasana senyap sahaja
damai sekali aku tengok rupanya
keningnya tebal, kulitnya putih,
bibirnya halus aja, mukanya agak berisi,,tapi sesuai dangan wajahnya
aku keluarkan pen dan mula menulis....
bersambung....
pss-tak masuk lagi kecerita sebenar.. tapi ada kaitan nanti.. k?
siapakah rahman sebenarnya?
siapakah siti nurhaliza jr itu?
siapakah budak tomboi ?
siapakah si auu?
dan paling penting siapakah si dia yang manis itu???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan